Wau juga digelar laying-layang. Wau adalah satu-satu permainan tradisional malayu.
Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor.
Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.
Permainan layang-layang atau wau ini masih dimainkan pada hari ini. Pada hari yanga berangin, kita mesti akan nampak orang yang sedang bermain laying-layang atau wau di tempat yang luas.
Jika kita tidak melestarikannya, generasi akan tidak akan tahu mengenai permainan tradisional orang melayu.
Kami haruslah sentiasa melestarikan permainan tradisional Melayu. Untuk permainan ini dipupus, ia adalah satu kehilangan yang besar di dalam sejarah budaya kita.
Wednesday, July 9, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)